Pages

Saturday, September 28, 2013

Bengkel Penulisan Kreatif SK Seremban 2 B

Apabila diundang menyampaikan ceramah penulisan kreatif (cerpen), saya sedar bahawa saya perlu menurunkan aras isi ceramah yang bakal disampaikan. Sebelum ini khalayak peserta rata-rata orang dewasa. Justeru, wajah-wajah yang bakal saya temui tentunya wajah-wajah baru yang inginkan ilmu dan pengalaman baru. Melihat kepada tentatif yang diberi, slot pertama adalah ceramah dan slot kedua adalah bengkel. Lalu sewaktu memulakan slot saya lebih gemar berbengkel terlebih dahulu. Saya khuatir jika dumulai dengan ceramah tentang asas dan teknik penulisan yang lebih kepada teori, semangat ingin menulis dikalangan peserta akan terus padam. Alhamdulillah, peserta mampu menulis paling banyak lima perenggan dalam tempoh kurang 15 minit. Hasil dapatan daripada guru Bahasa Melayu, Pn. Norain, katanya kebiasaan murid-murid apabila dimohon membuat karangan pastinya tiada seorangpun mampu menyiapkan dalam tempoh yang diberi. Semoga akan lahir generasi penulis cilik yang hebat dan menginspirasikan.