Pengalaman mengikuti Kursus Peningkatan Penilaian Kemahiran Komunikasi Bahasa Arab j- QAF di MITC Ancasa Hotel memang menyeronokkan. Sepanjang di sana, kami diwajibkan bertutur dalam Bahasa Arab. Hal ini mengembalikan nostalgia saya sepanjang berada di bumi Mesir, bertutur dalam Bahasa Arab dimana sahaja. Di sekolah saya akan bertutur dalam Bahasa Arab apabila mengajar sahaja kerana tiada teman untuk berbicara dalam bahasa tersebut. Mujur masih ada ruang berbahasa Arab jika tidak kemahiran berbahasa akan hilang andai tidak dipraktikkan. Sejujurnya semasa membuat permohonan menjadi guru j- QAF saya memilih opsyen Pendidikan Islam kerana setaraf dengan pengkhususan ijazah saya iaitu Syariah Islamiah. Namun apakala ditawarkan mengikuti KPLI opsyen Bahasa Arab diberi kepada saya. Saya hanya ada dua pilihan sama ada menerima atau menolak tawaran tersebut. Jika menolak bererti saya tidak bergelar guru sekarang ini. Akhirnya saya menerima tawaran tersebut memandangkan Bahasa Arab adalah Jabatan pengajian saya semasa di universiti dan pengajian di sana sepenuhnya dalam Bahasa Arab. Tidak ada sebab untuk saya menolak. Meskipun saya adalah guru bahasa, namun saya diamanahkan mengajar al- Quran dan tetap mampu mengajar matapelajaran jawi. Itulah kelebihan guru Bahasa Arab berbanding guru-guru bahasa lain.
Pada Jumaat petang pula saya dan suami bertolak ke Tiara Beach Resort, Port Dickson atas urusan Family Day sekolah. Kami bermalam di sana. Banyak tujuan diadakan Family Day antaranya untuk mengeratkan ukhuwwah sesama warga sekolah, meraikan guru-guru di atas sumbangan dan tanggungjawab yang dicurahkan kepada pelajar juga sebagai tanda penghargaan kepada dua orang guru ganti yang menamatkan perkhidmatan pada tahun ini.
Ahad tengahari pula saya dan suami meraikan Ulang Tahun Perkahwinan kami yang ke- 2. Kami ke studio gambar mengabadikan kenangan di sana dengan pakaian pengantin yang lenggap bersongkok dan bersampin bagi suami. Seperkara yang melucukan apabila para pelanggan di sana tidak putus-putus mengucapkan tahniah kerana mereka menyangka kami ini pasangan pengantin baru. Kami hanya mampu tersenyum dan menahan tawa.
Saya mengharapkan semoga perkahwinan yang terbina selama dua tahun ini akan mampu bertahan hingga membawa ke Syurga. Doakan kebahagiaan kami berkekalan, diberkati Allah, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta dimurahkan rezeki.
+ Saya akan berkonvo pada Khamis ini di Putra Jaya, insya- Allah.
3 comments:
Selamat ulangtahun perkahwinan Puan Syarifah Salha.
Saya dah baca semua karya puan dalam antologi cerpen yang tertera gambarnya di dalam blog ini. Saya suka. Bila lagi nak tulis novel? Terutama berlatarbelakangkan bumi Mesir.
Kak Salha,
Sangat2 xsangka penulis Syarifah Salha yg saya baca karya2 kreatif tu adalah Akak yg sy kenal sbg permaisuri hati En. Zakir!
SubhanALLAH, hari ni br sy tau! Anyway, selamat ulangtahun kedua. Salam utk En. Zakir =))
Faiz Faiza x-KK12, UM
Bayan & Faiz Faiza: terima kasih :)
Post a Comment