Pages

Monday, February 21, 2005

MINGGU THAQAFAH

+ Baru hari ini saya berkesempatan update blog ini. Sebetulnya, seminggu ini saya berada di kota Kaherah mengikuti Program Minggu Thaqafah dan Hari Keluarga BAKANS (Badan Kebajikan Anak-Anak Negeri Sembilan). Seronok juga sesekali dapat berkumpul dan bertemu dengan anak-anak negeri. Pelbagai program diadakan. Ceramah, pembentangan kertas kerja ilmiah dan lain-lain lagi. Semalam saya usai menghakimi pertandingan berbalas pantun. Sempat mengutarakan beberapa komentar untuk peserta pantun meskipun saya ini bukanlah insan yang selayaknya untuk mengadili pertandingan itu. Saya lihat pencapaian dalam menguasai puisi klasik ini masih tidak jauh berbeza. Masih banyak kesilapan yang perlu di betulkan. Sewajarnya, peserta harus peka pada rima pantun dan sewajarnya menguasai seni bahasa yang variasi agar pantun dapat disampaikan dengan baik dan menarik. Intonasi juga memainkan peranan yang penting dalam melenggokkan seni pengucapan pantun. Inilah salah satu seni warisan Bahasa Melayu yang harus dipelihara. Sebelah malam pula, saya sekali lagi menghakimi pertandingan berbalas pantun dikalangan siswa negeri. Tak kering gusi saya melihat telatah dan gelagat siswa berbalas pantun. Ada yang berpantun serupa macam pantun Ujang, ada yang berpantun lemah gemalai suaranya dan bermacam-macam lagi. Apapun gelagat peserta memang mencuit hati.

+ Juga saya sempat menyaksikan pertandingan mendeklamasikan sajak. Masing-masing berbakat. Cuma kebanyakan sajak berupa prosa, kurang nilai estetika dan tidak puitis. Walau bagaimanapun, jika bakat mereka diasah, pasti akan bertambah penyajak-penyajak tanah air.

+ Semalam seusai menghakimi pertandingan berbalas pantun, saya bergegas ke rumah Perak. Menghadiri mesyuarat SEGA (Suara Kampus Gabungan). Banyak perkara dibincangkan. Gerak kerja harus dimulakan kerana SEGA akan diterbitkan sebelum 20 Mac ini.

+ Cerpen saya masih belum sempurna. Bila badan letih letai, jemaripun sukar untuk digerakkan. Sekarang padat dengan majlis-majlis ilmu. Harus seimbang. Saya cuba juga untuk menyempurnakan cerpen saya yang sudah lama terbengkalai. Semoga semangat untuk terus berkarya tidak akan pudar.

1 comment:

Syarifah Salha Syed Ahmad said...

siapa busainah ni? cuba perkenalkan diri. kan kita perlu bertanggungjawab atas tulisan kita. so kalau saya kenal senanglah sikit saya nak jawab soalan tu. Saya suka mengenali tetamu yg berkunjung ke blog saya. oklah...nak tanya aktiviti SEGA atau nak tanya saya jd apa dlm sega? Jwpn banyak: saya jadi penulis dalam SEGA. tu jwpn cepu emas. Dalam masa yg sama jd pembaca pruf utk dlm SEGA.Saya nak tahu juga siapa wakil ikhwah mansurah utk SEGA. Boleh bekerjasama jayakan SEGA. Tapi sebab tak tahu dan tak kenal siapa wakilnya, terpaksalah buat kerja sorang diri.