Pages

Monday, February 28, 2005

SASTERA DAN SASTERAWAN

Usai sudah kolokium AKAR yang pertama. Beberapa aktiviti diselitkan sekitar masa 3 jam itu. Amanah yang terpundak di bahu saya sudah diselesaikan. Alhamdulillah, berhasil menyediakan kertas kerja Proses Penulisan Cerpen dan telahpun saya bentangkan kepada ahli-ahli AKAR. Masa terlalu mencemburui saya. Meskipun terlalu banyak mahu diutarakan, namun kasus sekeliling tidak mengizinkan saya untuk terus berlama menatap dan memugar semangat bakal-bakal penulis. Tuntasnya, saya metah gembira di atas kehadiran ahli-ahli AKAR yang ceria dan penuh pengharapan itu.

Ingin saya menyorot kembali nama-nama cerpenis Melayu yang giat menulis dalam akhir tahun 50-an dan 60-an. Golongan pertama yang memulakan kerja menulis pada akhir tahun 50-an terdiri daripada S.N Shahnon Ahmad, S.N A. Samad Said, Hassan Mohd Ali, Alias Ali, Dora, S.N Arena Wati, Malungun, Asmaranda, Kala Dewata, Kassim Ahmad, Adi Mas, A. Shukor Harun, Anis Sabirin, Rukiah Abu Bakar, Salmah Mohsin dan ramai lagi. Golongan kedua pula yang memulakan kerja-kerja menulis pada tahun 60-an ialah S.N S. Othman Kelantan, Alias Murni, A. Wahab Ali, Ali Majod, Ahmad Mahmud, A. Rashid Ngah, Anas K. Hadimaja, Stanza, Nirmala Nur, A. Hasni, Onn Ab. Rahman, Shahrum Mohd Dom, Norzah, Azizi Haji Abdullah, Zahrah Nawawi, Zawiyah Mohd Noh dan beberapa orang lagi yang tidak saya sebutkan di sini. Juga lahir selepasnya golongan yang lebih muda daripada golongan di atas seperti Mohd Affandi Hassan, A. Rahman C. M, Ismas Saring, Atondra, Abdullah Tahir, Mana Sikana, Sharif Putera, S. N Othman Puteh, Khadijah Hasyim, Timah Baba, Sarah Rahim dan ramai lagi.

Mutakhir ini telah lahir lebih ramai lagi barisan cerpenis dan penulis yang menghiasi kamar sastera Melayu. Tidak asing jika menyebut nama-nama seperti Marsli N. O, Mawar Syafei, Amaruszati Nor Rahim, SM Zakir, Abdul Latip Talib (antara barisan seperjuangan selepas golongan-golongan di atas, juga sekadar memaparkan nama-nama ini). Golongan yang lebih muda pula seperti Nisah Haji Haron, Sri Diah, Zaid Akhtar, Mohd Nazmi Yaakob dan golongan yang teramat muda pula seperti Ghafirah Idris, Nimoiz T.Y, Fahd Razy, Siti Hajar Mohd Zaki dan yang terbaru Amiza Khusyri Yusof.

Adakah selepas ini golongan-golongan cerpenis akan lahir bagai cendawan tumbuh selepas hujan? Tidak mustahil dan pasti akan lahir. Cuma daya pemikiran setiap generasi penulis itu amat berbeza. Sebagai contoh, generasi terdahulu banyak menghasilkan karya berunsur propaganda Jepun kerana mereka hidup pada zaman pendudukan Jepun. Juga lebih banyak berunsur Kemerdekaan, politik, sosial ekonomi dan pembangunan. Generasi mutakhir ini pula lebih gemar mengangkat isu semasa, penyelewengan kuasa, undang-undang dan segelintir daripadanya memartabatkan sejarah sesebuah bangsa dan negara. Ironinya, anugerah yang telah diperturunkan oleh Allah kepada mereka ini harus dikembangkan dan diperturunkan kepada generasi penulis baru agar pengalaman yang begitu mendalam ini dapat dikongsi bersama dalam memelihara sastera tanah Melayu itu sendiri. Inilah harta dan permata yang amat berharga telah dimiliki oleh Negara Malaysia dalam mempertahankan dan mengekalkan warisan budaya, bahasa, agama dan maruah negara.

Sehingga kini Sasterawan yang telah menerima Anugerah Sasterawan Negara ialah:
1. 1981: Keris Mas (Kamaluddin Muhammad)
2. 1982: Sahnon Ahmad
3. 1983: Usman Awang
4. 1985: A. Samad Said
5. 1987: Arena Wati
6. 1991: Muhammad Haji. Salleh
7. 1993: Nordin Hassan
8. 1996: Abdullah Hussin
9. 2003: S. Othman Kelantan (Syed Othman Syed Omar)
Syabas! Buat perwira negara di medan pena.

5 comments:

Hafizbar said...

bbrp orang je yg saya kenal
shahnon ahmad
a samad said
arena wati
usman awang
atondra
khadijah hasyim

Syarifah Salha Syed Ahmad said...

hai adk! comel nyer gambo. tu gambo masa bila lak tu? gambo masa zaman kanak2 ker? hehe... tak apa lah walau hanya kenal beberapa org jer pun. kak pun tak semua yg kak kenal. cuma kenal nama sahaja. Rupa paras tu tak semua kak kenal. So kalau nak kenal, balik dari US nanti rerajinlah ke Arkib Negara Malaysia. Dapatkan maklumat di sana.Angah kan ada. Lagi senang nak dapatkan maklumat.Angah kan boleh bantu.

Hafizbar said...

arghhh apsal orang kata comel?
ni dah masuk orang ke berapa dah ni..

orang dah tua la... comel ape
heh... ape2 hal makasih la atas pujian tu ... kalau betul2 nye puji... kalau tak sia2 je

hehehe... 0-0 ek... saje geram2 sikit

Syarifah Salha Syed Ahmad said...

busainah...anugerah sasterawan negara tidak mengira jantina. Kebetulan sejarah penulisan sastera tanah air dimulakan oleh penulis lelaki. Kira ikut seniority, memang lelaki dulu. Tetapi akhir2 ini sudah ada ura-ura bahawa penulis wanita juga wajar diberi peluang kerana sumbangan mereka tidak boleh dipandang sepi. Pendapat saya, ini bukan soal gender tapi kalau penulis wanita sudah ada sumbangan yang berkualiti, mereka juga layak dinobatkan.

Syarifah Salha Syed Ahmad said...

busainah...anugerah sasterawan negara tidak mengira jantina. Kebetulan sejarah penulisan sastera tanah air dimulakan oleh penulis lelaki. Kira ikut seniority, memang lelaki dulu. Tetapi akhir2 ini sudah ada ura-ura bahawa penulis wanita juga wajar diberi peluang kerana sumbangan mereka tidak boleh dipandang sepi. Pendapat saya, ini bukan soal gender tapi kalau penulis wanita sudah ada sumbangan yang berkualiti, mereka juga layak dinobatkan.