Saya beransur pulih daripada demam yang mengejut. Dari kota Kaherah turun ke kota kecil Mansurah. Berulang-alik dalam seminggu dua yang lalu barangkali buat badan letih letai. Tiba di kota kecil Mansurah pada 6 Mac yang lalu. Sempat menghadiri majlis walimatul arus di tengah hari 7 Mac. Sedang menikmati hidangan, saya mula berasa tidak selesa. Tekak terasa perit. Segala yang dimakan terasa pahit. Sekembali daripada majlis itu, badan serasa sejuk. Demam mula menyerang. Setiap kali tiba pertukaran musim, saya akan diserang demam. Waduh! Betapa antibodi badan ini terlalu lemah barangkali. Tetapi tidak mengapa. Saya teringat akan pesanan seorang tok guru, katanya: jika sakit menimpa, ucapkan syukur. Jangan sekali meminta cepat disembuhkan. Jangan pula tetamu yang datang berziarah itu mengucapkan lafaz syifa. Mengapa sedemikian? Katanya lagi: sakit itu barangkali untuk menghapuskan dosa. Barangkali juga untuk mengangkat martabat seseorang hamba. Jika berdoa supaya dicepatkan akan sembuhnya, barangkali nanti dosa-dosa itu tidak terhapus. Barangkali juga nanti martabat seseorang hamba yang ditimpa musibah atau penyakit itu tidak akan terangkat. Begitu telah saya mengerti. Nikmat sihat itu jarang sekali diambil kira. Tatkala nikmat sihat itu ditarik, barulah manusia sibuk mengakrabi Pencipta.
Sayyidina Ali Karamallah Huwajhah, setiap hari akan tertanya-tanya, tidakkah Allah mahu memberi kesakitan kepadanya. Beliau sering merindui datangnya sakit. Tetapi, manusia hari ini sering pula merintih kala didatangkan oleh Allah musibah dan sakit. Sering pula tertanya-tanya, mengapa Allah turunkan ujian dan dugaan ini. Mengapa tidak diturunkan kepada insan lain. Tidak sayangkah Allah kepada kita? Begitu umat Muhammad s.a.w pada hari ini.
Saya pada hari ini, tidak dapat menghadirkan diri untuk mesyuarat KELAP di kota Kaherah. Mungkin ada hikmah-Nya yang tersembunyi. Saya sekarang sudah mula mahu berehat daripada dikejar ripuh dunia pena. Saya akan berehat seketika sehingga usai imtihan. Aktiviti penulisan sudah mula dikurangkan. Masih berbaki beberapa amanah. Bengkel cerpen AKAR masih belum terlaksana. Mahu mencari waktu yang senggang agar bengkel tersebut berjalan dengan jaya. Sehingga hari ini, saya telah menerima empat buah cerpen untuk dibengkelkan. Masih ada lagi yang mahu menghantar karya mereka. Saya alu-alukan. Jika tidak berkesempatan, ayuh! Sertai bengkel KELAP yang akan datang.
Kami sekadar membuka jalan. Jiwa-jiwa pena ini akan sentiasa berusaha menghadiahkan yang terbaik buat semua meskipun kami bukan yang terbaik untuk mengendalikan semua ini. Nantikan coretan saya dalam Fokus SEGA yang bakal diterbitkan. Juga jangan lupa mengambil intipati daripada kalam seorang penulis tamu dari Malaysia. Siapa ya? Akan anda ketahui nanti. Jangan lupa dan jangan ketinggalan untuk memiliki SEGA 2005.

4 comments:
betul2.... sakit tu sebenarnya penghapus dosa
busainah, setiap manusia kalau berkerja memang akan rasa letih. Tetapi keletihan itu akan terubat kala kerja yang dihasilkan itu dapat memberi manfaat kepada semua. Alhamdulillah, tak sangka, tengah demam ni pun masih sempat hasilkan satu lagi cerpen yang baru. Nantikan kemunculannya.
hafizbar, masa sihat jaga nikmat tu sebaiknya. bila dah sakit cuba-cubalah senyum. tak g tu? :)
Emm...Rajin jugak Busainah masuk sini. Baru ni kata ko saya. Saya slow...dia pulak laju. Nak kena ni! Bukan tak bagi masuk...Tapi jangan kacau sangat pemilik blog ini ( hmm..teringat la pulak kat ayat "pemilik..." ). Kalau dikacau...Makin sibuklah dia. Sudahlah kerjanya bertimbun-timbun, hehee. Arrajaa kullukum fi ri'aayatillah.
busainah... betul tu,kalau alkhaliefah buat blog saya pun teringin nak mengacau. kalau ada ikhwah nak hantar cerpen silakan. saya akan bedah. cuma mungkin tak sempat untuk ditatap oleh ahli bengkel 18hb ni. so, tak berpeluanglah nak mendengar komentar dikalangan ahli AKAR sendiri.
Post a Comment