Mir, maaf andai kantong emelmu penuh hari ini kerana aku yang memenuhkan. Kita sentiasa berbicara seputar dunia dan isinya. Tetapi hari ini, emelku mungkin akan menyesakkan dadamu kerana kata-kata yang bakal kunyatakan ini akan membuncah jiwamu. Mengapa acapkali bila mahu menyatakan kebenaran akan ada natijah yang menyakitkan? Kuharap kau mengerti Mir, bukan kata-kataku ini berniat mahu menyakiti hatimu. Tetapi mengertilah, sesak dadaku kala ada tohmahan menikan dirimu. Dan aku, apa yang harus kulakukan, hanya melayangkan warkah elektronik buat tatapanmu agar kita sama-sama berkongsi cirita dan derita. Mir, masih kau ingat saat degilku menggila, aku yang terlalu nakal ini buat kau pening kepala. Aku menganggapmu sebagai abang kandungku lantaran usia kita menjarak lima tahun. Kemana sahaja kita bersama. Meskipun aku tidak punyai abang, namun aku bangga kerana kau sering mengaku aku ini adikmu. Saat aku lemas dalam keruh sungai di hujung kampung, kau telah menyelamatkanku. Aku dimarahi ibu tetapi kau membela, katamu: makcik saya yang mengajak Ika bermain di tebing sungai. Ibu hanya membisu. Aku tahu ibu sayang kita berdua. Kadang-kadang aku rasa cemburu kerana ibuku sering melebihkanmu dalam apa jua hal. Tetapi aku faham, kau juga berhak merasai kasing sayang seorang ibu. Lantaran itu aku buang jauh rasa cemburu itu kerana aku sayang kepadamu. Kau selalu berpesan agar aku tidak terlalu nakal kerana katamu: abang penat nak layan perangai Ika tau! Lasak macam budak lelaki, pening kepala abang. Aku hanya tersenyum dan pura-pura tidak mendengar. Kau juga selalu bercerita tentang Si Tanggang yang derhaka kepada ibunya. Aku memang gemar mendengar dan kadang-kadang begitu ralit dengan aksi-aksimu yang melakonkan watak Si Tanggang itu. Kau juga sering bercerita perihal guru kesayanganmu. Katamu, Cikgu Hamidah terlalu baik padamu dan sering memberi tunjuk ajar dan bimbingan. Kita selalu berbual-bual di atas jambatan sambil memerhati air sungai yang mengalir.
Masih kau ingat Mir, kita sama-sama meraikan "Hari Ibu" di malam tanggal 8 Mei itu. Ketika itu usiaku 7 tahun. Aku suapkan kek ke mulut ibu, kau juga begitu. Kau kemudian menyuapkan kek ke mulutku. Tetapi aku lain hal pula. Aku sumbat potongan kek ke mulutmu hingga mulutmu comot dan bajumu kotor. Aku ketawa besar namun kau hanya tersenyum. Begitu juga semasa sambutan "Hari Guru" di sekolah. Otakku sentiasa ligat merencana agenda nakal. Aku tukar hadiah yang sudah kau baluti kemas dgn kotak yang berisi seekor lipas. Hadiah itu untuk guru kesayanganmu, Cikgu Hamidah. Saat membuka hadiah itu Cikgu Hamidah terjerit dan aku ketawa besar. Kau begitu cemas kerana khuatir Cikgu Hamidah akan memarahimu. Tetapi Cikgu Hamidah tidak begitu, sebaliknya dia tersenyum dan terus mendapatkanku lalu memicit hidungku seraya berkata: Ika memang nakal suka kenakan abang ya? Kasihan abang Ika.
Mir, saat itu sudah lama berlalu dan kita telah dewasa. Kita telah dipisahkan oleh sempadan dan masa. Aku sering bercerita perihalmu kepada rakan serumahku. Mereka memujiku kerana mempunyai abang sepertimu. Tetapi Mir, saat mereka tahu kau bukan abang kandungku, mereka mula meracuni fikiranku. Hati dan kepercayaanku mula tergugah. Kata mereka: kau hanya berpura-pura baik kerana mahu merampas kasih sayang ibu daripadaku. Kata mereka lagi...Ah! Terlalu banyak Mir hingga aku berperasangka buruk kepadamu. Mir, mengapa kau menyepi? Mengapa kau tidak membalas surat elektronikku sebelum ini. Aku mahukan kepastian. Aku mahu buang prasangka burukku kepadamu. Setelah aku ceritakan banyak perkara kepadamu sebelum ini, kau terus membisu. Mengapa Mir?
Mir, mungkin ini warkah elektronikku yang terakhir untukmu. Maafkan aku kerana aku tidak bisa memanggilmu abang seperti selalu. Aku hari ini berasa terlalu asing untuk berhadapan denganmu. Aku kira kita tidak seperti 24 tahun yang lalu. Kau terlalu asing bagiku. Mir, aku tidak lagi seperti Ika yang kau kenali dulu. Aku juga punyai hati dan perasaan. Aku juga bukan lagi budak tomboy seperti zaman kanak-kanakku. Aku adalah Ika yang sudah jauh mengenal hati dan budimu. Maafkan aku andai warkah elektronik ini membuncah jiwamu. Kukira kau mengerti semua ini. Terima kasih atas didikanmu selama ini. Semenjak pemergian ibu, aku hilang tempat bermanja dan mengadu. Kau kukira adalah ibu dan guruku. Aku tidak mahu kehilangan ibu dan guru yang kedua ini. Mir, kau adalah lilin yang berbudi buatku. Maafkan aku diatas segala kedegilan dan kesilapanku kepadamu selama ini. Aku sudah buang segala prasangka burukku kepadamu. Aku tidak akan peduli lagi pada kata-kata mereka. Aku yakin kau adalah Amir Arif yang kukenal dulu. Andai kata-kataku yang lalu telah merobek hatimu, hukumlah aku. Mir, mengertilah aku tidak akan senang dengan situasi begini sehingga kau membalas warkah elektronikku ini. Mir, aku mahu kembali pada memori kita di zaman kanak-kanak. Sungguh! Kaulah lilin berbudi. Mir terima kasih, "Selamat Hari Guru".
"Tidak salah mencari kekayaan dan kesenangan yang halal, banyak pun tidak mengapa tetapi hendaklah takut dengan Tuhan kerana ia selalu sahaja menjadikan kita sombong dan melalaikan kita."
Mir, terima kasih atas kata-kata ini. Akan aku kenang hingga akhir hayatku.
Yang Jauh,
Ain Syafika.

5 comments:
Aaa...Ika, Sorrylah. E-mel abang tu dah takleh buka. Lupa passwordlah. Alahai, takkan merajuk kot.

Ha tulah pasal, si Ika tu mmg tengah merajuk sgt tu. Payah nk pujuk tu. Sensitip amat jiwa si budak Ika tu. Alahai, nanti...cuba pujuk.
Semakin banyak lak, citer jiwang kat nak pekse nih. Tertekan ke ditekan tu:-)kata nak slow sikit menulis fatrah imtihan nih. Sebenarnya seorang penulis,tak boleh berhenti menulis. Kadang2, lagi tertekan, lagi banyak kerja, lagi banyak la idea yang datang. Kisah benar ke tu:-)
amboi-amboi busainah, perli ker tu? memang betul tu busainah idea ni kalau dh dtg tak boleh dicontrol kena curahkan juga. Kadang-kadang keadaan sekeliling yg menekan itulah buat idea dtg serta-merta. saya tak kata nk berhenti menulis cuma nk slow sikit ja.
Post a Comment