+ Semalam adik Umar (Pengarah Akademi Karyawan BAKANS=AKRAB) menghubungi saya. Dia minta saya membentangkan kertas kerja Teknik Penulisan Cerpen pada 12/7/2005 ini, bertempat di dewan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, rumah Badan Kebajikan Anak-Anak Negeri Sembilan. Saya dimaklumkan program tersebut akan berlangsung tiga hari berturut-turut, berupa semi-Seminar Penulisan. Juga akan ada slot Teknik Penulisan Puisi: penyampai oleh Norsuriana, salah seorang ahli E-sastera.com yang aktif berpuisi. Selain anak-anak Negeri Sembilan, penyertaan hanya dibuka kepada anak-anak Negeri Melaka, Kuala Lumpur dan Perlis sahaja. Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa begitu. Saya tidak dapat memberi jawapan meskipun saya tahu jawapannya. Jika mahu tahu lebih lanjut bolehlah bertanya kepada adik Umar.
+ Ada beberapa orang rakan di Mesir bertanya: Salha, kenapa forn blog awak macam dakwat tumpah. Lebih elok jika tidak diboldkan... Oh ya kah? Kemudian saya bertanya kepada sebahagian rakan-rakan di sini dan di Malaysia. Kata mereka forn blog saya ok. Tidak pula kelihatan macam dakwat tumpah. Ada yang memberi pandangan agar saya membuat catatan: paparan terbaik adalah 1024 x 768. Saya menggunakan paparan 800 x 600. Jelas dan semuanya ok. Ada yang sudah mencuba paparan 1024 x 768. Tetapi hasilnya mereka masih menikmati forn yang seumpama dakwat tumpah. Justeru saya faham, masalah yang berlaku ini bukan berpunca daripada blog saya. Tetapi barangkali berpunca daripada pc yang mereka gunakan. Kebanyakan pc yang terdapat di Cyber Cafe, Mesir adalah musta'mal (yang terpakai). Justeru, banyaklah perkakas-perkakas di dalamnya juga kurang berkualiti. Salah satu daripadanya, mungkin menggunakan VGA yang lama. Itu tafsiran pertama saya. Banyak lagi tafsiran yang bermain di minda saya kerana saya bukan seorang pakar komputer. Walau apapun pengalaman telah banyak mematangkan dan banyak memberi ilmu baru kepada saya. Saya dan komputer peribadi ibarat sepasang kekasih yang terlalu intim. Lalu jika komputer buat ragam, saya sudah menjangka apa yang dimahukannya. Kadang-kadang komputer macam manusia juga. Ada kala sakit perut, adakala sakit kepala.
+ Malam semalam Norviyah telefon saya. Komputer rakan serumahnya buat ragam. Lalu dia bertanya apa yang harus dilakukan. Saya kesani apa yang membuatkan komputer tersebut buat ragam. Lalu saya ajari perka-perkara yang sewajarnya dia lakukan. Harus diingat, komputer adalah barang yang terlalu sensitif dan mudah rosak terutamanya di sini. Selain itu peti sejuk juga begitu. Hal ini kerana bekalan elektrik di Mesir tidak stabil dan kurang mencukupi. Akibatnya banyaklah barang-barang elektronik di sini mudah rosak. Oleh itu, gunalah stabilizer untuk komputer anda insya-Allah akan selamat daripada sebarang bahaya.
+ Kem Latihan Penulis (KELAP) akan mengadakan bengkel penulisan kreatif dan non- kreatif pada 23/7/2005 dan 24/7/2005 ini bertempat di rumah Badan Kebajikan Anak-Anak Negeri Sembilan. Program tersebut akan bermula jam 7.00 pagi. Justeru, penyertaan di buka kepada semua warga kampus anak-anak Malaysia di Mesir. Karya asli hendaklah diserahkan kepada alamat e-mel berikut: syarifahsalha@yahoo.com (untuk puisi dan cerpen) dan ayohwer_179@yahoo.com (untuk non-kreatif, esei). Karya hendaklah di hantar menggunakan Attachment ke alamat e-mel tersebut sebelum 16/7/2005 ini. Yuran penyertaan sebanyak LE 10.75 termasuk salinan fotostat karya dan makan tengah hari.

No comments:
Post a Comment