Assalamualaikum Warahmatullah
Pertama sekali saya mewakili seluruh warga esastera
ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi
diwawancara dan berkongsi pengalaman Kak Sal dari
segala segi terutamanya dari sudut penglibatan dalam
sastera.
1) Pertama sekali, apakah perasaan Kak Sal apabila
telah terpilih untuk ruangan wawancara esastera kali
ini?
Pertama dan selamanya, ucapan terima kasih buat laman sastera siber, esastera.com kerana sudi mewawancara saya. Terima kasih juga kepada adik Fahd Razy kerana bersengkang mata barangkali menyediakan soalan untuk akak. Terkejut juga tengok soalan-soalan yang diajukan mujur tidak begitu banyak :). Rasa seganpun ada juga sebab tak banyak pengalaman yang boleh dikongsi bersama.
2) Sebagai permulaan, bolehkah Kak Sal ceritakan
serba sedikit tentang latar belakang keluarga?
Akak berasal daripada keluarga yang sederhana, anak jati Negeri Sembilan. Emak dan abah bekerja sebagai penoreh getah. Tidak banyak yang dapat akak ceritakan kerana latar belakang keluarga bukan dalam golongan yang terlibat dengan dunia penulisan dan sastera. Sekadar pengenalan terhadap ahli keluarga, emak berasal dari Rembau dan abah berasal dari Jelebu. Akak anak sulung daripada lima beradik. Adik yang kedua lelaki berusia 21 tahun, lepasan Institut Kemahiran Mara, Jasin Melaka. Adik perempuan pula bersekolah di Maahad Ahmadi Gemencheh Negeri Sembilan, lower six. Adik keempat lelaki juga, bersekolah di Sekolah Menengah Rendah Agama Kuala Klawang dalam persediaan menduduki PMR dan adik bongsu juga lelaki, bersekolah di sekolah yang sama sekarang dalam tingkatan satu.
3) Bolehkah Kak Sal ceritakan serba sedikit tentang
penglibatan awal Kak Sal dalam sastera?
Awal penglibatan dalam sastera, akak lebih cenderung kepada genre puisi moden, sajak. Semasa di sekolah rendah hingga usia mencecah 15 tahun sering mendeklamasikan sajak di sekolah apabila ada sesuatu majlis contonhya, sambutan 'Hari Guru' dan hari 'Anugerah Pelajar Cemerlang'. Namun mencecah usia 15 tahun akak mula beralih minat kepada genre cerpen dan tidak lagi aktif dalam genre sajak hingga kini. Bermula usia itu akak menjadikan penulisan sebagai hobi. Jika ada masa senggang akak akan bikin cerpen berdasarkan idea-idea yang lahir disamping menyelitkan serba sedikit pengalaman hidup. Apabila menjejakkan kaki ke Perlembahan Nil, akak temui sebuah kelap penulisan yang dapat membantu mengenalkan tentang penulisan. Akak sertai kelap tersebut yang dinamakan sebagai Akademi Karyawan Mansurah. Akak kembali mengasah bakat yang hampir tumpul dan apabila karya-karya akak tersiar dalam majalah mahasiswa al-Azhar, akak semakin bersemangat untuk menulis. Sejujurnya akak gemar mengakrabi karya-karya penulis mapan seperti Sdr Faisal Tehrani, Nisah Haji Haron dan Mawar Syafie disamping gemar membaca karya-karya penulis kawakan seperti Sdr Atondra, S.M Zakir dan Sasterawan Negara yang tidak asing lagi A.Samad Said atau lebih mesra dengan nama jolokan Pak Samad. Kecenderungan mengakrabi karya-karya penulis-penulis mapan dan kawakan ini telah memasak satu semangat dan azam untuk akak menguliti sastera lalu penglibatan awal dalam sastera itu berputik, bermula daripada minat yang gemar membaca karya-karya sastera. Hasilnya sekarang ini menulis bukan lagi dirasakan sebagai hobi sebaliknya sebagai tanggungjawab yang berat.
4) Bolehkah kongsi bersama kami pengalaman sewaktu
kecil yang Kak Sal tidak dapat lupakan?
Hehe :) malunya hendak cerita. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan sewaktu abah kejar sambil pegang rotan. Abah marah sebab akak tak pergi mengaji al-Quran. Abah tahu akak pergi mengaji tiap-tiap hari tapi suatu hari tok guru datang ke rumah nak ziarah akak. Dia ingat akak tak sihat sebab dah tiga hari tak datang mengaji. Masa itulah tembelang akak pecah. Abah cari akak merata dan akhirnya dia jumpa akak menyorok di sebalik pokok durian. Akak pun apa lagi lari sampai tak cukup tanah. Sejak dari hari itu akak terus rajin mengaji dan cepat hafal ayat-ayat dalam Muqaddam sehingga akhirnya khatam al-Quran pada usia lapan tahun.
5) Makanan dan minuman kegemaran?
Tentunya masakan emak tapi yang khusus suka masak asam pedas (nama sahaja pedas tapi tak boleh makan pedas-pedas). Minuman pula suka yang tidak berais khususnya soya dan laici.
6) Apakah hobi Kak Sal?
Hobi akak banyak. Disamping suka menulis akak suka melukis, menjahit, melayari internet, buat kraftangan, buat kaligrafi Islam (khat) dan suka memasak. Adakalanya suka juga jalan-jalan cari ilham sambil berwisata.
7) Adakah sesiapa di antara ahli keluarga yang
terlibat dengan aktif dalam sastera? Jika ya, adakah
ahli keluarga tersebut telah banyak membantu Kak Sal
dalam dunia penulisan?Bagaimana?
Tidak ada ahli keluarga yang terlibat dalam sastera.
8) Jika tidak, bagaimanakah Kak Sal mendapat semangat
untuk bergiat dalam dunia penulisan? Bagaimanakah Kak
Sal melatih diri dan belajar untuk menghasilkan karya
kreatif juga pengalaman yang paling diingat sepanjang
bergiat dalam penulisan?
Akak mendapat semangat daripada emak dan abah. Abah khususnya sering memberi dorongan dan sokongan sebab abah minat juga pada sastera disamping pernah menjadi guru Bahasa Melayu semasa usia 19 hingga 23 tahun. Jadi abah memang sering bercerita perkara-perkara berkaitan sastera termasuk suka bercerita tentang cerita lagenda.
Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada rafik-rafik yang sering memberi sokongan dan semangat untuk akak terus giat menulis. Sdr Amiza Khusyri, Ubaidillah, Nuralana, Faezah Erda (sekadar menyebut beberapa nama) dan ramai lagi. Mereka ini sering memugar semangat untuk memastikan kami sama-sama terus konsisten menulis.
Kak Nisah Haron dan Kak Mawar Syafie juga merupakan insan-insan yang sering memberi galakan dan sokongan. Mereka sering memberi tunjuk ajar dan sering juga menjadi tempat rujukan untuk akak menimba ilmu dan pengalaman dalam dunia penulisan.
Disamping itu, akak memang suka membaca karya-karya kreatif dan apa-apa sahaja bahan bacaan berkenaan sastera sama ada di akhbar atau majalah-majalah. Dari situ akak belajar untuk menghasilkan karya dengan meneliti setiap keindahan bahasa yang terselit di dalamnya disamping suka memerhati, mengkaji dan mentafsir setiap apa yang akak lihat.
Pengalaman yang paling diingat...tentunya bila karya tersiar di media perdana, Berita Minggu. Sdr Amiza orang pertama yang memaklumkan perkara tersebut kepada akak. Namun begitu pengalaman yang terakam kemas dengan rasa sayang dan cinta semasa berada dalam kelap Akademi Karyawan Mansurah, Mesir. Di situ akak banyak menimba pengalaman tentang dunia penulisan.
9) Siapakah penulis idola Kak Sal di esastera.com dan
di luar esastera.com? Mengapa?
Penulis yang menjadi idola di esastera.com, Sdr Ghafirah Idris dan di luar esastera.com pula adalah Sdr Faisal Tehrani. Bagi akak, Sdr Ghafirah meskipun masih muda, namun beliau berjaya berfikir melangkaui sempadan usia dan semangat serta kesungguhan beliau amat akak kagumi. Sdr Faisal Tehrani pula, terlalu banyak kepelikan idea yang dicipta dan gagasan pemikiran yang disampaikan sungguh mengagumkan. Pendek kata, akak semacam dah jadi 'tehraniun', jika ada karya-karya Sdr Faisal tidak kira secara kritikan atau apa sahaja, pasti tidak akan melepaskan peluang membacanya.
10) Kebanyakan karya Kak Sal adalah cerpen. Tidak
berminat dengan puisi?
Akak memang berminat dengan puisi sebab awal penglibatan aktif berpuisi namun bila lama dah break off rasa sukar hendak memulakan semula.
11) Apakah projek utama yang sedang Kak Sal usahakan
sekarang ini (dalam penulisan)...cerpen terbaru?
Bila ditanya tentang projek penulisan terasa sukar hendak menjawab sebab akak gambarkan perkataan 'projek' adalah sesuatu yang besar dan mantap.Walau bagaimanapun sekarang hanya ripuh bikin cerpen-cerpen baru. Disamping itu dalam usaha menghasilkan antologi cerpen yang ketiga bersama rakan-rakan penulis Malaysia, Timur Tengah.
12) Tidakkah berhasrat menulis novel atau skrip
teater/ drama?
Secara jujur memang akak ada hasrat dan masih menyimpan hasrat untuk menulis novel dan skrip drama. Bahan-bahan rujukan memang sentiasa ada namun benar-benar belum bersedia.
13) Kak Sal adalah seorang pelajar di luar Negara,
dan juga seorang penulis yang giat... bagaimanakah Kak
Sal membahagikan masa antara menulis dan aktiviti
lain?
Kebiasaan akak menulis sebelah malam sebab kami di sini berprogram sebelah siang. Waktu menulis sekitar lepas solat isyak hingga jam 2.00 pagi. Bagi diri akak dua-dua perkara ini adalah penting (menulis dan berprogram). Segala perkara yang berkaitan ilmu dan pengalaman akak akan kejar dan terus mengejar hingga dapat. Akak akan pastikan diri menulis secara konsisten. Paling kurangpun satu hari mesti hasilkan satu fragmen. Bila tidak ada mood untuk menulis atau idea mati secara tiba-tiba, akak akan peram karya sehingga idea datang kembali.
Kebiasaan di sini akak aktif dalam kelap-kelap penulisan dan terlibat dengan Biro Penerangan dan Penerbitan Suara Kampus mahasiswa al-Azhar. Justeru apabila tanggungjawab dan amanah yang dipikul menuntut untuk dilunasi dengan segera, akak akan sedaya membahagikan masa sebaik mungkin. Sejujurnya, akak tak gemar menangguh-nangguh kerja. Oleh sebab itu, apabila ada tugas yang belum selesai, akak akan selesaikan sesegera mungkin. Jadi, masa yang diperuntukkan untuk menulis tidak akan terganggu.
14) Apakah pandangan Kak Sal tentang esastera.com?
Sebarang cadangan yang hendak diketengahkan?
Secara peribadi, laman sastera siber esastera.com diyakini sebagai tapak asas yang kukuh untuk penulis-penulis pucuk muda mengasah bakat dan minat. Di sini tempat mencurah idea dan menimba pengalaman. Di sini juga penulis-penulis baru, mapan dan kawakan berkumpul menghimpun idea. Saling berpimpinan dan beriringan pandangan. Justeru, di sini ada satu rantaian hubungan yang amat berharga wajar dihargai kerana jatuh dan bangun semangat sesama kita, hanya kita yang merasai. Lantaran itu, ada rasa ingin berkongsi rasa dan idea, memupuk dan memugar semangat yang pudar dan suram. Perkara sebegini tidak akan dikongsi bersama andai penulis-penulis bersikap sendiri-sendiri kerana seorang penulis, semangat dan kesungguhan itulah yang menjadi penerus perjuangan berlari di atas medan pena. Sesama kita harus peka untuk memastikan rakan seangkatan terus konsisten dan prolifik menulis.
Buat masa ini tiada sebarang cadangan untuk diketengahkan.
15) Apakah pandangan Kak Sal tentang mutu karya di
esastera.com dan juga para penulisnya?
Pandangan ini, tidak semestinya mencerminkan penilaian terhadap mutu karya di esastera.com. Akak melihat penulis-penulis di esastera.com majoriti adalah penulis-penulis muda yang sedang dan telah menempa nama. Rata-rata mereka tahu untuk menyampaikan idea dan pandanagn dalam penulisan. Karya-karya mereka juga meskipun ada yang klise, namun berjaya menarik minat khalayak pembaca esastera.com. Tidak dinafikan, ada yang hebat mencerna idea dengan kekuatan bahasa dan langgam penceritaan yang baik. Cuma, yang masih baru belum terlambat untuk menimba ilmu dan mempelajarinya daripada penulis-penulis yang mapan dan hebat. Cerpenis juga sebenarnya banyak membantu penulis-penulis baru memajukan karya. Jadi kelebihan dan kekurangan sesuatu karya itu hanya dapat dinilai andai kita konsisten menulis. Disamping itu, penulis-penulis mapan dan kawakan adalah ibarat tiang utama dan yang baru ibarat tiang seri sesebuah rumah.
16) Cerpen-cerpen Kak Sal di esastera.com banyak
menarik minat para ahli berdasarkan respons dan komen
yang diberi. Adakah Kak Sal berpuas hati dengan
pencapaian tersebut? Bagaimanakah Kak Sal mendapat
idea?
Sehingga kini masih tidak berpuas hati dengan karya-karya sendiri meskipun kebanyakan respon yang diterima banyak memuji. Terlalu banyak kekurangan yang perlu ditampung dan terlalu banyak kelemahan yang sewajibnya dibaiki.
Bagi akak setiap idea yang diperolehi adalah ilham daripada Allah. Namun akak sentiasa mencari di mana idea itu bersembunyi. Kemana sahaja akak pergi pen dan buku catatan sentiasa ada. Setiap perkara yang berlaku disekeliling akan diperhati. Lalu mengambil ikhtibar dan berazam mahu merakam dan mengabadikan perkara yang menyentak jiwa dan perasaan menjadi sebuah cerpen. Jika kontang idea, akak akan keluar dan berjalan-jalan mencari idea dengan memerhati dan mencatat. Adakala akak akan melayari internet dengan menjelajah website-website tertentu untuk memburu dan mendapatkan berita semasa dan terkini. Disamping itu, membaca adalah jalan terbaik bagi diri sendiri untuk mendapatkan idea-idea baru.
17) Jika diberi peluang, siapakah warga esastera yang
Kak Sal ingin berjumpa? Mengapa?
Emm...sebenarnya akak teringin hendak bersua muka dengan ayahanda Latip Talib. Meskipun kami berasal dari daerah dan pekan yang sama, namun masih belum ada kesempatan beramah mesra. Sewajarnya yang dekat itu harus lebih dikenali dan yang jauh dirapat-rapatkan. Jauh dari satu sudut, ayahanda Latip Talib punyai keistimewaan yang lain daripada yang lain. Semacam dalam jiwa beliau ada seni sastera yang unik barangkali tidak dimiliki oleh penulis-penulis muda hari ini. Akak melihat itu ada dalam diri beliau.
18) Pengalaman manis sepanjang di negara orang?
Bagi diri akak seorang mahasiswi al-Azhar, tentunya saat berjaya dalam perperiksaan itu yang paling manis dikenang kerana itulah hadiah berharga untuk emak dan abah.
19) Pengalaman pahit pula?
Pengalaman pahit, sukar hendak diceritakan. Nanti kalau diceritakan boleh jadi satu novel :)
20) Di Mesir, Kak Sal merupakan salah seorang pelajar
yang aktif menggerakkan persatuan-persatuan penulis di
sana, misalnya menjadi panel hakim dan juga pembentang
kertas kerja.
21) Apakah pendapat Kak Sal tentang suasana penulisan
di kalangan pelajar Mesir?
Sejujurnya apabila melihat suasana penulisan di kalangan pelajar Mesir, dalam sudut yang pertama amat menggembirakan. Meskipun sambutan terhadap dunia penulisan tidak seramai menghadiri aktiviti dan program-program lain, namun kesungguhan menghadiri program-program penulisan di sini amat menggalakkan.
Penilaian dalam sudut yang kedua pula, kesungguhan untuk menulis di kalangan pelajar Mesir agak kurang rancak terutama dalam genre kreatif. Ramai yang tidak konsisten menulis. Ramai yang menghadiri seminar penulisan, namun kesungguhan itu benar-benar dapat dinilai apakala sambutan terhadap bengkel penulisan hanya dihadiri oleh satu perempat daripada mereka yang menghadiri seminar. Jika ada sekalipun yang konsisten menulis, hanya mereka yang benar-benar ada kesungguhan dan kesedaran akan peri pentingnya melibatkan diri dalam dunia penulisan.
22) Apakah pengalaman yang sering dikenang dalam
menggerakkan kegiatan penulisan di Mesir?
Pengalaman yang sering menjadi kenangan apabila bekerjasama dalam satu team dan berkumpul dengan rakan-rakan penulis semasa menggerakkan program penulisan.
23) Saya selalu melihat antara masalah yang dihadapi
oleh penulis-penulis Mesir di esastera adalah
komputer. Adakah Kak Sal menghadapi masalah yang sama?
Bagaimana mengatasinya?
Akak ada komputer peribadi jadi masalah untuk menulis tidak begitu ketara. Namun itu bukan masalah utama kerana kita boleh menulis di atas kertas. Akak sentiasa bersedia dengan kemungkinan yang datang sebab bila komputer buat ragam akak akan menulis di dalam sebuah buku khas yang disediakan untuk menulis cerpen. Malah semasa disekolah dahulu akak memang menulis di dalam buku khas itu sebab ketika itu akak tidak punyai komputer. Bila rasa apa yang ditulis sudak ok, baru cari altenatif lain bagaimana hendak menaip.
24) Apakah pandangan Kak Sal tentang dunia Islam hari
ini, khususnya di Mesir tempat Kak Sal belajar?
Islam itu adalah agama yang mulia. Kebobrokan dan kucar-kacir yang berlaku dalam dunia Islam hari ini bukan berpunca daripada agama Islam itu sendiri. Agama Islam itu syariatnya tidak akan berubah malah kekal zaman-berzaman. Meskipun zaman semakin maju, tidak wajar mengklasifikasikan syariat yang terkandung dalam agama Islam itu tidak sesuai digunakan pada zaman ini. Usul dan asal pengeluaran hukum adalah sama tidak akan berubah hanya cabang ilmu, pembahagian hukum dan penyelesaiannya sahaja yang berbeza. Justeru, nasib yang menimpa dunia Islam hari ini wajar diambil perhatian. Fenomena ini berpunca daripada sikap umat Islam itu sendiri. Teguh berdiri, kukuh terpasak, jatuh dan bangun sesuatu bangsa dan Negara bergantung kepada kebersamaan, kepercayaan, keimanan dan pengetahuan serta kesedaran melihat kembali sejarah silam.
Akak memetik kata-kata seorang pemikir barat "The history of mankind beers witness to the fact that the rise and fall of people and civilizations ape directly related to the acquisition, production and sagacious use of knowledge. Those who excel in this respect assume the leadership of nations." Tuntas, mengapa sebagai umat Islam kita tidak cuba mengaplikasikan prinsip yang diamalkan oleh orang-orang barat ke dalam kehidupan kita untuk membangunkan dan menjaga keharmonian Negara-negara Islam. Yang baik harus dicontohi dan yang buruk harus ditolak. Mereka sering mencedok kebaikan dan kebenaran yang ada dalam agama Islam lalu diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Sedangkan kita pula menolak kebaikan itu dan mengamalkan keburukan. Kepincangan akhlak juga tidak akan berlaku andai kita setia mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya. Lalu pandanglah kepada sejarah yang lalu agar perkara yang sama tidak akan berulang kembali kerana manusia yang sering melihat sejarah akan berhati-hati untuk memikirkan dan membina masa depannya.
25) Apakah matlamat yang ingin dicapai dalam
penulisan?
Akak mahu menjadi seorang penulis yang berjaya menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat. Akak bercita-cita merubah barah kejahilan yang ada dalam masyarakat dengan ilmu dan iman lalu disampaikan melalui pena. Tidak mengharap sebarang balasan, cukup melihat perubahan dan kesedaran lahir dalam jiwa masyarakat, itulah anugerah yang paling berharga.
26) Bentuk karya bagaimana yang kak Sal gemari?
Akak menggemari karya-karya dalam skop penceritaan kisah sejarah, keluarga, agama, budaya dan satira.
27) Yang terakhirnya apakah nasihat untuk para
penulis di esastera.com?
Untuk warga esastera.com, pupuklah kesedaran menulis dalam diri secara berterusan. Binalah sikap yang betul, telus dan jujur sebagai seorang penulis yang sewajarnya memasyarakatkan masyarakat. Jauhkan sikap lekas mecak, takut dikritik dan cepat berputus asa kerana sikap-sikap itu hanya akan merugikan dunia penulisan dan sastera kita. Suburkanlah rasa tanggungjawab, tasamuh dan kasih sayang dalam diri sendiri dan masyarakat kerana di situlah kita bermula mengenal realiti hidup yang terselit di celahan pagar kehidupan. Masyarakat sekeliling adalah cerminan diri seorang penulis. Jika songsang akhlak dan akidah, kitalah perubah dan penunjuk jalan untuk mereka mencari dunia yang benar itu. Penulis juga adalah pengembara kerana sering mengembara dalam diri sendiri untuk menerokai misteri kehidupan.
Akhir bicara akak menyorot kembali tulisan SN A.Samad Said "Perjalanan atau pengembaraan juga sebenarnya adalah proses menuntut ilmu; proses mematangkan minda dan menterjemah misteri dunia." [Halaman 39: Biografi Sasterawan Negara A.Samad Said]
Lantaran itu manfaatkan catatan pengembaraan hidup sebaiknya buat ikhtibar diri dan khalayak pembaca.

No comments:
Post a Comment