Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada
13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas.
Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan
daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim
bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan
Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan
Emas seperti berikut:
Syarat Umum Jual Beli
1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang
digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah
menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi
salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.
Pihak Yang Berakad
2. Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak
(Ahliyyah al-Ta’aqud) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut:
i. Baligh, berakal dan rasyid
Jika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada
mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh
kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan
barang yang tinggi nilainya.
ii. Keredhaan
Akad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai,
tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi.
Harga Belian (al-Thaman)
3. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui
dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.
Barang Belian (al-Muthman)
4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang
wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya
kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya
dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah
tidak sah.
5. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika
barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual
mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.
6. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika
sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:
i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau
sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.
ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku
semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.
iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang
secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya
adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama
berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan
peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk
emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan
emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat
emas.
Sighah
7. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan
kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada
melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti
tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang
muktabar oleh sebahagian fuqaha’.
8. Di dalam sighah jual beli tidak boleh
dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual
barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.
9. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan
dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.
Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang
Bercirikan Item Ribawi
10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah
yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas
mestilah memenuhi syarat berikut:
i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara
kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak
bertransaksi berpisah daripada majlis akad.
ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku
sebarang penangguhan.
Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi
emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong
dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia
telah terkeluar daripada illah ribawi.
Perincian taqabudh dan urusniaga lani
adalah seperti berikut:
Syarat Pertama: Taqabudh
11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah
berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian
(emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada
majlis akad.
12. Penyerahan harga boleh dilakukan
melalui kaedah-kaedah berikut:
a. Pembayaran secara tunai
b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)
c. Pembayaran secara cek peribadi
d. Pembayaran secara kad debit
e. Pembayaran secara kad kredit
f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.
Secara urufnya, kesemua bentuk
bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh
penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak
penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan
kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang
kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.
Status tunai ini masih lagi diterima
secara urufnya oleh penjual
walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau
dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.
13. Penyerahan barang belian (emas)
hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh
menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan
membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:
a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan)
daripada penjual kepada pembeli.
b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa
tanpa ada halangan.
14. Majlis akad di dalam transaksi jual
beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi.
Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem
pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam
semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan
secara wakalah.
Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad
secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang
berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian
menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut
sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika
pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual
dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli
secara hakiki atau hukmi.
Syarat Kedua: Secara Lani
15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan,
samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.
16. Penangguhan penyerahan harga yang
tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya
atau pembelian secara bayaran ansuran.
17. Kelewatan penyerahan emas yang
melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak
dibenarkan sama sekali.
Manakala bagi kelewatan penyerahan emas
dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa
terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih
cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya
kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain,
penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan.
Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu
uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.
Di dalam pertukaran mata wang asing,
tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan
tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang
disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka
adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses
pertukaran matawang asing.
Namun secara praktikal, pihak penjual akan
menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya
dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga
hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan
emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:
Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan
(order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin
dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual.
Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:
i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas
masih belum berlaku.
ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual
tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual.
Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.
iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh
ke atas emas milikannya itu.
iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat
dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku
kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa
ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas
999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut
dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya.
Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan
seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan
pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan
kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di
dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.
Apabila wang pesanan sudah diberi
clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust
account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah
diserahkan kepada pembeli.
Akad Dan Unsur Sampingan
18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk
barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu
diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah
akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika
janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh
memaksanya memberi hibahtersebut.
19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum
hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.
20. Seseorang yang membeli emas bebas
mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain.
Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak,
yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan
jual beli.
21. Seseorang yang membeli emas bebas
mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai
pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah
bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya
tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti
berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.
22. Wa’d boleh dimasukkan dalam
pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan
bukannyamuwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah
membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas
dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’.
Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak
dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.
23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba,
perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat
unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria
syarak.
Sumber: e-Fatwa (Portal Rasmi Fatwa Malaysia)
+ Jika berminat membeli emas, hubungi saya di talian 0126687355.

No comments:
Post a Comment