Pages

Monday, January 31, 2005

TERIMA KASIH SEMUA


Pagi tadi, saya menerima sms daripada adik Nimoiz T.Y. Dia menyarankan saya agar menambah ruangan sembang (chatterbox). Kemudian bila saya ke kantong e-mel, kak Mawar pula bertanya, lebih kurang katanya- tak ada buku tamu ya? Saranan dan pertanyaan ini akan terjawab apabila blog ini benar-benar sempurna. Saya kira blog ini masih dalam pembikinan. Semasa bersembang dengan kak Nisah petang semalam secara online, saya katakan padanya- saya ini nak dikatakan buta IT tidak pula sampai ketahap itu, rabun IT pun tidak juga, tetapi masih banyak perlu saya pelajari. Semestinya sesuatu yang baru harus dipelajari kerana ilmu tidak datang dengan sendiri. Harus rajin menjelajahi terutama jika mahu bermain dengan bahasa HTML.

Walau apapun, terima kasih kepada mereka yang sudi berkunjung ke blog saya, catatan hidup rentak pena versi terkini. Saya mencari masa yang sesuai untuk menyempurnakan blog ini. Bak kata kak Nisah- teruskan membuat catatan di dalam blog, yang lain itu boleh ditambah kemudian. Sekarang agak ripuh dengan tugasan sebagai penuntut ilmu. Harus seimbang agar amanah, minat dan tanggungjawab berjalan seiring. Terima kasih kepada rakan-rakan penulis yang tidak jemu memberi dorongan. Juga acapkali memugar semangat. Manusia tidak wajar berkata- kejayaan yang dimiliki adalah atas usaha sendiri, kerana disebalik kejayaan itu pasti ada pendorong dibelakangnya. Kerana itu, ramai manusia punyai minat yang sama. Namun, mengapa ada yang berjaya menggilap bakat dan minat sedangkan yang selebihnya berada di takah yang lama. Sebetulnya, minat dan bakat yang digilap itu kembali kepada kemahuan dan usaha sendiri. Disamping sama-sama saling bantu- membantu, dorong-mendorong dan pugar-memugar agar sinar kejayaan dan peningkatan itu bertambah berkilau dan gemilang.

3 comments:

Nimoiz T.Y said...

Betul akak, yang penting Akak terus menulis. Sekali sekala akak bolek mencantikkan blog akak. Sekurang-kurangnya, akak ada 3 kelebihan berbanding orang lain. PERTAMA, bidang agama yang akak belajar. DUA, bidang sastera yang akak cuba belajar. Dan KETIGA, bidang IT. Nak belajar bahasa HTML bukannya mudah. Budat IT sendiri pun kadang-kadang kurang mahir sangat. Apa-apa sekalipun, semoga akak berjaya dalam semua bidang. SALAM SASTERA -Nimoiz T.Y-

Fahd Razy said...

Salam perkenalan kak Syarifah Salha (nak panggil apa, kak syarifah ke kak salha?)...tertarik dgn cerpen akak y awal2 tu, ttg 2 org bayi y berdialog...sypun ada buat cerpen y sebegitu, kebetulan, ilham kita serupa...hehehe.jadi boleh tak saya nak baca jugak cerpen akak tu, saja je, nak menambah ilmu sambil melihat kekurangan cerpen saya supaya kita sama2 belajar=) ni emel saya: fahd_razy@yahoo.co.uk

Unknown said...

Sebagai seorang ustazah yang berkecimpung dalam 2 bidang sampingan ( penulisan dan siber ), perlu kepada pemahaman yang jelas terhadap bidang-bidang yang diceburi. Antara yang penting ialah tahap keseriusan kita dalam sesuatu bidang. Saya berkata demikian agar saudari tidak terikut-ikut dengan arus siber ( memajukan blog saudari ) sehingga kurang penekanan dalam pendidikan dan penulisan. Mungkin boleh faham kot sebab saya ni tak mahir mana nak menyusun ayat.

Berkenaan dengan blog saudari ini...Bagi saya sudah ok. Kalau nak diperelokkan lagi, lagi balik. Tapi kena ambil kira apa yang saya sebut di atas tadi. Berkenaan dengan bahasa HTML...Untuk mahir semahir 'budak IT', mungkin sukar. Susah 'budak IT' untuk memahaminya tidak sama dengan susahnya kita yang bukan 'budak IT' sebab mereka mengkaji bahasa HTML dengan detail sedang kita hanya ambil asas sahaja. Saya rasa di Mansurahpun ada orang yang boleh berkongsi pengalaman dalam bahasa tersebut :).