Pages

Wednesday, September 19, 2007

Rakus





Setiap kali Ramadhan tiba, kita akan belajar - dan melihat - makna "rakus" dengan jelas. Ramadhan bagi sesetengah orang, ialah bulan melayani nafsu makan bagaikan mereka tidak makan dua hari.

Petikan madah T. Alias Taib

Wednesday, September 12, 2007

Monday, August 27, 2007

Takwim Bulan Ogos dan September



30 Ogos 2007: 2.30 petang:

- Mesyuarat Biro Penerbitan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Jelebu.

31 Ogos 2007: 8.00 pagi- 10.00 pagi:

- Perjumpaan di rumah Ustazah Zubaidah bt Ahmad, Jalan Bukit Chedang, Rasah.

31 Ogos 2007: 10.00 pagi:

- Perjumpaan di rumah Nisah Haron, seputar perbincangan Novel 'Ayat-ayat Cinta' karangan Habiburahman el- Syirazi.

7-10 September 2007:

- Mewakili IPRM ke IPG Perlis untuk Pertandingan Tafsir al-Quran.

Wednesday, August 08, 2007

Friday, July 06, 2007

Maaf

Maaf

Maaf saya tidak dapat menyediakan entri yang panjang dan menarik buat para pengunjung. Internet di rumah buat hal. Sudah dua bulan bayar bil internet tanpa dapat menggunakannya. Sudah buat aduan tapi masih belum ada perkembangan. Saya terpaksa curi-curi masa ke cc. Banyak perkara yang tidak kesampaian untuk saya paparkan di sini. Komputer di rumah pula baru saja keluar dari wad sakit. Semua hasil kerja dan karya-karya saya tidak dapat diselamatkan. Empat buah cerpen saya yang sudah siap (belum dihantar ke mana-mana media) terhapus. Koleksi sajak juga terhapus. Barangkali ada hikmah disebalik dugaan ini. Semoga dugaan yang menghimpun ini bisa menghimpunkan kembali idea-idea dan semangat saya untuk menghasilkan karya yang matang, baik, mantap dan jitu. Juga, diharap saya lebih berwaspada agar perkara begini tidak berulang kembali, atau jika berulang sekalipun semua karya-karya saya perlu dapat diselamatkan. Sepatutnya saya perlu 'back up' karya-karya saya di tempat yang lebih selamat. Tapi nasi sudah menjadi bubur. Ini peringatan buat diri saya dan anda juga jika masih belum berbuat demikian.