Saya membeli buku ini semasa menghadiri mesyuarat di SK Jempol petang semalam. Faktor pertama yang membuat saya tertarik untuk membeli buku ini adalah kerana pengarangnya iaitu Syeikh al- Allamah al- Muhaddith al- Faqih Abdul Fattah Abu Ghuddah. Saya kira ramai mengenali ulama tersohor ini lebih-lebih lagi dikalangan penuntut ilmu agama. Faktor kedua adalah kerana saya mengenali penterjemahnya iaitu Ustaz Haji Shuhadak Bin Mahmud yang banyak menulis dan menterjemahkan kitab-kitab agama semasa menuntut di Universiti al-Azhar dan kini berkhidmat sebagai pensyarah di KUIS. Antara tajuk-tajuk menarik yang terkandung di dalamnya seperti: Ibnu Jarir Menjaga Masa dan Keazamannya Mentafsir al- Quran Sejumlah 30 Ribu Helai, Imam al- Munziri Masih Sibuk Membaca Walaupun Sedang Makan, Karya Ulama Terdahulu Melambangkan Penjagaan Masa di Sisi Mereka dan banyak lagi tajuk-tajuk yang menarik untuk dibaca.
+ Membaca buku-buku berunsur sejarah Melayu dan agama Islam sangat perlu supaya bangsa Melayu benar-benar kenal jatidiri dan faham akan agama yang dianuti. Peri penting adalah ilmu yang terkandung di dalam sesebuah buku yang dibaca tersebut. Tidak rugi jika rajin membaca!
2 comments:
mwmbaca sejarah seolah melihat keseluruhan hidup tanah ini... saya pun gemar membaca sejarah.
Assalamualaikum
Anakanda Syarifah Salha, Tahniah menang Hadiah Sastera Berunsdur Islam.
Post a Comment