Pages

Thursday, January 20, 2005

FIKIR-FIKIR KUCARI JAWABNYA

+ Semalam DPM Mansurah telah mengadakan Majlis Ucap Tema. Alhamdulillah berjalan lancar. Sekitar pukul 2 petang kami menyertai program Ikatan Mahasiswa Nusantara (IMAN 05). Bersama-sama menonton tayangan amal mangsa Tsunami dari Acheh. Suatu pengajaran buat kita yang bergelar Muslim.

+ Sesuatu telah mengelirukan saya, Kerajaan Keluarga Saudi telah memaklumkan bahawa Hari Wukuf di Arafah adalah pada hari Khamis 20/1/2005, Tetapi akhbar bertarikh ( 17/1/2005 ) telah memaklumkan, Kerajaan Arab Saudi tersalah kira dalam menetapkan hari wuquf itu dan meminda tarikh wuquf pada hari Rabu 19/1/2005. Justeru, pengumuman Hari Raya Aidiladha oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Malaysia adalah mengikut tarikh pertama yang ditetapkan oleh Saudi, menjadikan Hari Raya Aidiladha di Malaysia ialah pada Jumaat 21/1/2005. Kata Ulama di Malaysia, tidak mengapa kita di Malaysia tidak mengubah tarikh yang telah diumumkan tersebut kerana kita mengikut rukyah dan hisab. Setahu saya, Aidiladha di negara-negara selain Saudi ditetapkan bergantung kepada tarikh wuquf di Arafah pada 9 Zulhijjah. Maka Aidiladha jatuh pada hari berikutnya iaitu 10 Zulhijjah. Oleh itu, Malaysia telah ketinggalan 1 hari dari hari wuquf tersebut. Benarkah begitu? Semoga saya bertemu jalan yang lapang terhadap kekeliruan ini.

+ Saya telah menerima sepucuk surat daripada seorang sahabat di Malaysia. Dia meminta saya menemukan jawapan terhadap satu persoalan, adakah tupai boleh dimakan? Lantas, terus minda saya teringat apa yang telah dipelajari. Tupai boleh dimakan tetapi bukan pada zuruf di Malaysia. Oleh kerana masyarakat Islam di Malaysia tidak makan tupai, maka agak gharib jika kita memakannya. Tupai tidak tergolong dalam spesies binatang yang bertaring, berkuku tajam atau yang hidup dalam dua alam. Seingat saya, begitu hujah yang telah diberikan oleh tok guru saya. Namun saya harus mengkaji dengan lebih mendalam agar hujah ini bertambah kukuh. Jika kalian ada dalilnya, mungkin boleh dikongsi bersama.

12 comments:

annyss said...

tahniah, sudah ada blog baru!
Teruskan menulis.
Sekurang-kurangnya weblog ialah tempat latihan untuk menulis walaupun tak sempat menulis novel, cerpen dsb.

Semoga lestari.

Abdul Kadir Aljoofre said...

Kekeliruan timbul apabila Kerajaan Arab Saudi sendiri yang mengubah tarikh wukuf, bukan kerana anak bulan yg dilihat atau tidak. Beban kesalahan perlu dipikulkan ke atas Kerajaan Arab Saudi.

Keduanya, Malaysia para ulamak di sini sudah sepakat bahawa Aidil Adha juga perlu kepada melihat anak bulan bagi menentukan tarikh 1 zulhijjah. Beginilah cara penentuan permulaan setiap bulan. Lagipun bukankah Malaysia menerima matahari lebih awal dr Arab Saudi? Kita ikut mereka atau mereka ikut kita kalau begitu?

Memang banyak juga negara yg tidak melihat kepada adanya anak bulan atau tidak, tetapi melihat Arab Saudi semata. Perkara ini merupakan khilaf para fuqaha'. Setiap negara ikutlah mufti masing-masing.

Alkhaliefah said...

1. Pemilik blog menulis: Bersama-sama menontot tayangan amal mangsa Tsunami dari Acheh.Komen saya: Kalau boleh perbetulkan ejaan, amat dialu-alukan.

2. Abdul Kadir Aljoofre menulis: Lagipun bukankah Malaysia menerima matahari lebih awal dr Arab Saudi? Kita ikut mereka atau mereka ikut kita kalau begitu?Komen saya: Walaupun hari raya telah berlalu, saya nak komen juga sebagai persediaan untuk tahun hadapan. Saya sebenar keliru dalam kes ini. Setahu saya hari raya Aidil Adha bergantung kepada hari Wukuf. Dan wukuf itu pastinya di Arafah. Walaupun Malaysia menerima matahari lebih awal, namun pada waktu itu jemaah haji belum lagi memulakan wukuf. Jadi, adakah wajar untuk Malaysia mendahului Makkah dalam kes ini? Pada saya ia tidak wajar. Mungkin orang lain ada pendapat...

SYARIFAH SALHA SYED AHMAD said...

Alkhaliefah: terima kasih atas teguran. Pastinya saya sudah menyemak beberapa kali ejaan, namun masih tersilap taip juga. Ini boleh jadi pembaca pruf utk blog saya :)

Abdul Kadir: terima kasih atas penjelasan. Jika kesamaran sudah bertemu jawabnya, sila berkongsi dengan saya.

Sufian said...

Kalau gharib makan tupai, bukanke gharib juga memakai tudung kat Malaysia?

SYARIFAH SALHA SYED AHMAD said...

Sdr Sufian: saya kira tidak gharib memakai tudung di Malaysia. Adakah penduduk Islam di Malaysia sejak dari dulu hingga kini makan tupai? Adakah wanita-wanita Islam di Malaysia semua tidak bertudung?Jika semua tidak bertudung, barangkali itu boleh dikatakan ghorib. Meskipun ada yang tidak bertudung, tetapi bagi yang memakai tudung bukan suatu kepelikan. Cuma kepelikan itu terzahir kerana tudung dipakai bukan untuk menutup aurat, sebaliknya sebagai trend masa kini.

Sufian said...

Sdri; jawapan yang menarik. Jadi bagi diri sdri jika majoriti rakyat sesebuah negara itu tidak mengamalkan pemakaian tudung, ia boleh dikatakan gharib?

Kerana, betulkan saya jika tersilap, saya pasti pemakaian tudung ini adalah fenomena yang baru di malaysia (sekitar 70-an?).

Soalan yang lebih penting ialah bagaimana ia menjadi dogma yang tidak boleh dipersoalkan langsung di Malaysia? Mengapa ke'gharib'an ini tidak pernah menjadi persoalan selama ini?

SYARIFAH SALHA SYED AHMAD said...

Saya kira Sdr Sufian sudah jelas tentang ini. Mengapa tidak boleh dipersoalkan langsung juga sudah jelas. Zaman Rasulullah s.a.w juga dahulu, tidak pernah Rasulullah s.a.w memaksa orang kafir memeluk Islam. Siapa kita mahu menghalang kerana kesedaran itu lahir dari hati. Doa sahaja supaya tidak menjadi seperti Turki. Syahidnya, dunia ini hendak kiamat. Kerana itu perangai dan sikap-sikap menusia terlalu pelik. Zaman, teknologi dan MTV, perangai pun serupa macam yang di dalam TV. Ingat lagi komentar Sdr tentang DBP? Secara tak langsung sudah terjawab isu tudung ini.

Sufian said...

Er, sebenarnya sdri, saya lebih suka kalau negara ini jadi seperti Turki. Ia bukanlah sempurna, tetapi sekurang-kurangnya ada ruang untuk berwacana tentang agama.

Dan saya tidak pula melihat manusia zaman ini berperangai pelik. Pelik jika dibandingkan dengan apa?

SYARIFAH SALHA SYED AHMAD said...

Memang Sdr ini pelik. Mahu lihat negara kita seperti Turki? Tudung diharamkan dan Bahasa Arab ditindas. Barangkali baru seronok mahu bicara isu agama? Mahu ada pemimpin seperti Mustafa Kamal Antartuk? Bersyukurlah Sdr atas nikmat yang ada sekarang ini. Jangan asyik meminta-minta yang hebat dan enak oleh pandangan mata dan nafsu. Sekarang ini apa usaha Sdr untuk memastikan rakyat bebas berwacana tentang agama? Mahu tunggu jadi seperti Turki baru rasa nak berwacana tentang agama? Sdr, manusia ini banyak yang pelik jika hendak dibandingkan dengan pelbagai perkara. Sbg contoh, ulama terdahulu mengaji dan belajar al-Quran. Kita juga belajar dan mengaji al-Quran yang sama yang telah mereka gunakan, sama ayat dan isi kandungan. Tetapi mengapa kita tidak menjadi faqih dan berilmu seperti mereka? Di mana silapnya? Fikir sendiri. Dan ada juga yang mengkaji dan belajar sains dan falsafah. Tetapi mengapa tidak pula diiktiraf ilmunya seperti Ibnu Sina, Aristotal, Labrobil atau siapa lagi?

Sufian said...

(i) Bila saya katakan saya mahu lihat negara ini seperti Turki, saya ada cadangkan aspek mana 'Turki' yang saya suka (bukan semuanya di dunia ini 100% jahat, dan bukan semuanya di dunia ni 100% baik) yakni ruang untuk berwacana yang dibuka.

Maknanya saya tak setuju, takkan setuju dengan keinginan pihak penguasa mengharam atau memaksa apa sahaja yang berkaitan dengan keperibadian (ya, konsep ini terlalu am, tapi boleh diperbincangkan)

Saya rujuk hari ini: apakah tudung masih diharamkan dan bahasa Arab masih ditindas di Turki? Dua persoalan ini ada dikupas oleh penulis tersohor Turki, En Orhan Pamuk - yang saya pasti sdri sebagai penulis sedia maklum - dalam dua novelnya MY NAME IS RED dan SNOW. Jadi kita boleh lihat ada dialektika dalam ruang awam Turki, ia tidaklah asimetrikal seperti di Malaysia - ulamak kata, rakyat ikut, atau berasaskan sentimen partisan.

(ii) Apa bezanya pemimpin seperti Atarturk yang kononnya sekular dan pemimpin seperti Khomeni yang kononya religius? Pendirian saya ialah kedua-duanya patut ditolak.

(iii) Hanya bersyukur itu bermakna kita redha dengan segala keburukan yang ada. ni bermakna kita tidak, izinkan saya pinjam kata-kata Heidegger, 'autentik' dengan diri; memendam apa yang naluri kita sendiri tentang. Kita boleh bersyukur dalam apa jua situasi, dan itu penting, tetapi cukupkah, sebagai contoh, kalau kita hanya bersyukur dalam negara yang diperintah oleh Stalin? oleh Hitler? oleh Khomeni?

(iv) Wacana seperti ini adalah usaha awal. Tetapi saya juga ada membantu rakan untuk, insyaallah, menerbitkan sebuah koleksi esei tentang Islam dari pelbagai golongan manusia. Memang masih belum cukup, tapi perjalanan bermula dengan langkah pertama, kan?

* * *
SDRI KATA "sbg contoh, ulama terdahulu mengaji dan belajar al-Quran. Kita juga belajar dan mengaji al-Quran yang sama yang telah mereka gunakan, sama ayat dan isi kandungan. Tetapi mengapa kita tidak menjadi faqih dan berilmu seperti mereka?"

Kata siapa yang 'kita' bukan faqih dan berilmu? Apa ukuran yg sdri gunakan? Di mana konteksnya? Dunia ini sentiasa berubah, jadi penelitian sesuatu isu perlu, selain mengambil contoh tradisi, juga merujuk kepada masa kini.

Masalahnya (ini dari perbincangan saya, saya tidak merujuk kepada sdri) dengan ramai penelaah teologi Islam, ialah masa lampau sering mereka imbas sebagai sebuah masa yang terlalu gemilang. Seperti segalanya sudah sempurna di masa lalu. Tapi hakikatnya tidak. Di masa lampau juga kejahatan wujud. Ketidakadilan wujud. Penyalahgunaan kuasa wujud. Malah mungkin lebih dahsyat lagi kerana yang berkuasa adalah orang Islam.

Power, kata Lord Acton, corrupts. Absolute power corrupts absolutely.

Umat Islam perlu sedar yang mereka hidup di zaman ini dan sepatutnya menangani masalah bukan dengan kaedah kurun ke-12 atau 13 atau 7 atau 4, tetapi dengan kaedah kurun ini!

Cloning. Nanoteknologi. Meme Budaya. Hermeneutik dan Falsafah pasca moden - ini semua contoh permasalahan yang spesifik dengan dunia hari ini. Mana kaedah untuk menanganinya dari orang Islam?

SDRI KATA: "Di mana silapnya? Fikir sendiri. Dan ada juga yang mengkaji dan belajar sains dan falsafah. Tetapi mengapa tidak pula diiktiraf ilmunya seperti Ibnu Sina, Aristotal (sic), Labrobil atau siapa lagi?"

Ibnu Sina dan Aristotle melopori sesuatu yang 'baru', sesuatu yang tiada di zaman mereka. Kerana itu buah pemikiran mereka diambil dan diperkembangkan. Pemikir Islam hari ini masih terkejar-kejar menuruti pemikiran barat (dan timur jauh) kerana tradisi mereka sendiri membunuh segala kemahuan untuk inovasi.

Bayangkan betapa maju umat Islam di zaman Ghazali, kerana ada ideanya yang hanya diperbincangakan di kurun ke-17 di barat oleh Malebranche, seorang murid Descartes

Apa sudah jadi hari ini?

Alkhaliefah said...

Pembaca pruf untuk blog saudari? Camner yer...Isy, berat tu...Saya tak mampulah. Mungkin rakan2 seangkatan saudari boleh membantu, kan?