Pages

Sunday, October 31, 2010

Di Bawah Pohon Howthorn


Cerita tentang pengembaraan Elly, Michael dan Peggy merupakan kisah hidup sebenar tentang zaman kebuluran di Ireland yang diceritakan semula dengan jelas dan jujur. Di Bawah Pohon Hawthorn menggambarkan keazaman untuk hidup dan kekuatan serta kasih sayang tiga orang kanak-kanak pada zaman sukar ini. Peristiwa ini berlaku pada akhir 1880-an, dan menyebabkan kebuluran yang teruk yang memusnahkan Ireland. Kentang bertukar menjadi hitam dan busuk, dan rakyat tiada apa-apa untuk dimakan. Elly, Michael dan Peggy bersendirian di rumah kecil mereka. Tidak beberapa lama sebelum itu, ibu bapa mereka keluar mencari kerja dan makanan, tetapi tidak kunjung pulang. Kini, mereka terpaksa berjuang untuk diri mereka sendiri. Setelah terdesak dan untuk mengelakkan daripada dihantar ke rumah perlindungan untuk orang miskin, mereka keluar untuk pergi mencari nenek saudara mereka yang belum pernah ditemui sebelum ini tetapi pernah mendengar tentang mereka melalui cerita emak mereka. Dalam pengembaraan itu mereka menyaksikan kemusnahan yang disebabkan oleh kebuluran - orang ramai berebut-rebut makanan, kanak-kanak terbiar, orang ramai berbaris panjang di dapur sup untuk oang miskin, peminta sedekah, kematian dan anjing liar. Diketuai oleh Elly yang berumur dua belas tahun, mereka terpaksa mencari makanan untuk mengalas perut, melindungi diri mereka dan mencari jalan untuk ke Castlelaggart."

+ Membaca novel ini, seperti saya di bawa mengembara dan menjejaki kisah hidup sebenar masyarakat Ireland yang berlaku pada akhir 1880-an. Kisah tragis yang menyentuh perasaan. Barangkali, sangat janggal berlaku kepada anak-anak kecil di negara kita pada hari ini. Tergambar oleh pemikiran saya tentang pondok buruk, hujan lebat dengan kilat sabung menyabung, Peggy yang digigit anjing liar dan kesukaran meredah halangan dan rintangan oleh tiga orang anak kecil demi mencari sebuah kehidupan. Apakah yang perlu dilakukan andai ia terjadi dalam kehidupan kita dan anak-anak kita? Selamat membaca!


2 comments:

Mohd Hafizi Bin Tajuddin said...

Apakah perbezaan utama penulisan kreatif bangsa asing berbanding kita? Adakah teknik dan karya mereka sesuai untuk dimanfaatkan oleh penulis-penulis muda di Malaysia.

Syarifah Salha Syed Ahmad said...

Saya melihat perbezaan dari sudut cara dan gaya penerapan unsur penceritaan yang dipengaruhi oleh latar sosiobudaya, politik dan latar belakang pengarang. Sewajarnya penulis-penulis muda Malaysia menambah koleksi bahan bacaan dan mengkhatami karya-karya dari luar negara untuk mematangkan penulisan. Saya juga berbuat demikian untuk menambah pengetahuan dan pengalaman dalam berkarya. Begitu juga yang dilakukan oleh sasterawan-sasterawan kita. Bukankah banyak membaca akan luas pengetahuan?