Pages

Monday, February 14, 2005

DIBURU TUGAS

+ Masa amat mencemburui saya kebelakangan ini. Diasak dengan pelbagai tugas. Juga itu adalah amanah buat diri saya yang harus diselesaikan. Hari ini, pada jam sekitar 12.45 akan berlangsung Majlis Pelancaran dan Penerangan Akademi Karyawan Mansurah (AKAR) pada sesi ini. Antara pengisian di dalamnya: ceramah penulisan oleh Ustaz Ahmad Ubaidillah Alias, pengenalan AKAR, lintas lansung dari Malaysia bersama Ustaz Kamal Said dan Ustaz Ainul Anuar b.Hilmi juga ada gimik slide show daripada AKAR. Semoga majlis ini akan berjalan dengan lancar.

+ Beberapa hari ini, saya terpaksa menangguhkan aktiviti menulis cerpen. Cuba sedaya menyiapkan meskipun sekarang ini sedang sendat dengan jadual kuliah dan tafaqquh. Jika saya tidak menulis, otak akan terasa beku. Justeru, harus sentiasa memburu maklumat dan berita terkini. Jika tidak membaca, saya tidak akan dapat menulis. Tuntasnya, asas kejayaan seorang penulis adalah membaca dan menulis.

8 comments:

Sufian said...

Memandangkan sdri ada di lokus perbincangan Islam, saya ada satu soalan: apa pandangan penelaah Islam di sana tentang penklonan manusia?

Alkhaliefah said...

Emm...Kalau bukan tuan blog tolong jawab takper ker?

'Pandangan' penelaah Islam di Mesir terhadap pengklonan manusia ialah suatu sikap tidak bermoral dan bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.

'Hukum'nya adalah haram kerana ia menafikan nasab. Wallahu a'alam.

P/s: Semoga dapat bezakan antara pandangan dan hukum.

Alkhaliefah said...

Saudari pemilik blog ni tersilap tulis nama bekas siswa al-Azhar, Mansurah. Yang ditulis "Ustaz Ainul Anuar b. Hilmi" sebenarnya "Ainul Hilmi B. Anuar".

Tapi sayangnya lintas langsung ni tak jadi sebab kedua-dua orang ustaz yang dicadangkan itu sibuk dengan urusan penting masing-masing. Mungkin lain kali boleh cuba untuk adakan lagi.

Eh! Ejaan "gimit" camner yer...? GIMIT ker GIMIK

Anonymous said...

betul dah tu kata alkhaliefah.lintas langsung tak jadi pada hari tersebut.tima kasih pada alkhaliefah kerana jadi tenaga penggerak utk projek lintas lansung itu.kita cuba lagi lain kali.slide show tu pun ok gak.tima kasihle pada pemilik blog kerana sediakan slide show tu.ada pun akhawat yang mampu buat.

SYARIFAH SALHA SYED AHMAD said...

Salam Karya, siapa Anonymous ya? Slide show tu belum cukup canggih lagi. Kenapa kata adapun akhawat yg mampu buat? Sebelum ni takdeker? Mungkin ada, cuma ikhwah tak bagi peluang kat akhawat nak tunjuk bakat. Hehehe...Yerlah, siapalah akhawat Mansurah ni. Gadis kampung yang tak tahu apa2 yer tak?

busainah said...

cepatnya jawab.ada tenet kat umah ke? sory le tadi lupa nak tulis username.sekarang mungkin dah kenal kot.entah le.mungkin ye.saya pun tak tahu sangat ttg akhawat mansurah ni.sebenarnya ramai yg mampu.tapi mungkin tak nak menonjolkan diri.takpe la,lepas nih kita ketengahkan akhawat pulak.ikhwah nak stareh pulak.hahaha.best saudari ceramah bengkel tadi.serba serbi boleh nampaknya.kuat promosi bengkel kreatif.ikhwah ada yang pilih genre cerpen tadi.latih baik2 ye generasi yg baru nih agar leh jadi mcm pemilik blog ni

SYARIFAH SALHA SYED AHMAD said...

saya masih tak kenal siapa busainah ni? ish! ni yg susah org lain kenal sy tp sy tak kenal org. Oh ni mesti ahli AKAR juga kan? Atau AJK? Saya promot bukan saje2. Saya syg AKAR. Saya syg sastera. Saya cinta bahasa ibunda. Saya hanya membuka jalan. Terpulang kpd semua utk teruskan. Kita skrg bukan zaman dok santai2. Tapi kita perlu ada visi dn misi. Walaupun tak ada siapa nak pelihara sastera, saya tidak kisah kerana saya tahu sastera itu telah wujud sejak zaman berzaman dan tidak akn pupus. Cuma klu pupus pun hanya dibibir manusia. Tetapi rasa tanggungjawab itu harus selaras dgn apa yg mahu dibawa. Semoga usaha yg teramat sedikit ini diberkati Allah. Juga buat busainah terima kasih atas dorongan yg diberi. Sama-sama kita usaha.

Anonymous said...

askum.... biasalah hidup diburu pelbagai tugas harian,kadang kadang kalau di fikir-fikir.. tugas yang menambun yang dilalui dahulu bagai kenangan manis yang agak sukar dlupakan. rasa nak kembali ke zaman tersebut dan membetulkan segala kesilapan yang berlaku, supaya tugas tersebut menjadi sesempurna mungkin.tapi apakan daya sebagai manusia biasa....sebagai hamba Tuhan yang lemah... bekerja selagi jantung berdenyut;yang penting... tugas utama di ardul kinanah ini tidak diabaikan....doakan kejayaan bersama. wassalam