Pages

Wednesday, May 04, 2005

DIALOG MEREKA

Penonton: Mengapa raja tidak berkuasa sekarang ini?
Pelakon: Kerana hamba nak merajai.

Penonton: Mengapa raja tidak menunjukkan kuasa?
Pelakon: Kerana raja takut pada kuasa hamba yang hebat.

Penonton: Mengapa raja membiarkan segala perlakuan hamba?
Pelakon: Kerana raja tidak lagi berkuasa. Kuasa raja pula telah dirampas oleh hamba dan kuasa hamba yang hebat itu telah menghancurkan semua sistem pertahanan raja.

Penonton: Mengapa singgahsana raja sudah kelihatan gelap, tidak bercahaya?
Pelakon: Kerana singgahsana raja dikawal ketat oleh tentera-tentera hamba yang hodoh, jahat dan berbaju gelap itu lalu diselaputi debu-debu kezaliman.

Penonton: Apa akan jadi kepada raja?
Pelakon: Raja akan turun tahta.

Penonton: Bagaimana pula dengan hamba?
Pelakon: Hamba akan menggantikan tempat raja.

Hamba: Hahahaha!!! Aku berjaya. Aku akan ubah semua sistem pentadbiran dan pertahanan.

Pengawal peribadi raja: Hentikan perbuatanmu!!! Selagi hayat dikandung badan, selagi kudratku bersisa, akan kupertahankan maruah, kuasa dan kedudukan raja. Aku akan membela raja berpaksi kebenaran. Usah kau bermimpi wahai hamba yang tamak.

BARISAN PELAKON,

PENONTON: akal manusia yang bertanya
PELAKON: lidah manusia yg menjawab
PENGAWAL PERIBADI: iman manusia yang umpama senipis kulit bawang
RAJA: hati manusia
HAMBA: nafsu manusia

INTROSPEKSI:
1. Akal bertunjang nafsu akan merosakkan iman dan badan.


2.Hati yang dikawal iman akan melahirkan tindakan waras yang dikerjakan oleh akal.

3. Nafsu lebih dasyat daripada kuasa syaitan, sentiasa mahukan kebebasan bertindak.

4. Nafsu yang dipandu oleh akal yang waras, iman yang sempurna dan hati yang bersih akan membenteng diri daripada melakukan maksiat dan keburukan.

5. Di dalam tubuh manusia ada seketul daging, jika baik daging itu baiklah semua anggotanya jika jahat daging itu maka jahatlah semua anggotanya. Seketul daging itu adalah hati.


3 comments:

busainah said...

try

busainah said...

Kalau aktivis jelebu tengok dialog merdeka tu, mesti dia mintak tuan punya blog ni deklamasikan kat program reformasi.

SYARIFAH SALHA SYED AHMAD said...

alahai busainah, saya cuma tulis dialog mereka, bukan dialog merdeka. Ada unsur2 dialog merdeka ke? ish takutlah pulak. hehe, kalau deklamasi kat program reformasi bahasa tu tak tahu gaklah.